Pembeli : “Dik, telur sekilo berapa?”
Penjual : “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Ayam tempatan.”
Penjual : “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Lumpur atau Tampin.?”
Pembeli :” Yang Ipoh lah..” (sambil terlihat kesal)
Penjual : “Mahu yang dari Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara atau Selatan?”
Pembeli : (sudah tak tahan) “Adik nie nak jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual : “Maaf kak, sebenarnya saya nie penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan kejap, dia suruh sAya tolong tengok-tengokkan gerai dia. Kalau ada pembeli, saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.”
No comments:
Post a Comment